Assalamualaikum...(^,^)
Haa!!..seperti yg dah diketahui..xlama lagi tiba lah masanye untuk lepasan SPM 2010 untuk memasuki ke alam pengajian bagi peringkat yang lebih tinggi..haa!!berdebar x??haha..ak nih sudah habis satu kotak tisu dah nak lap peluh..hahah..takut la..bukan apa..korang semua pom maybe ada same poblem mcm ak kn??..sebelum masuk mana2 IPTA nih..kene la pikir elok2..well,bab kata pepatah..sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian dah tiada gunanya..
lagipun,sekarng nih..setiap lepasan SPM akan mndapat 2 tawaran..iaitu untuk menymbung pengajian ke IPTA/IPTS atau pun ingin memasuki KPM..well..bukan senang nk buat keputusan nih..tersilap lngkh..rosak la masa depan..aku pom sama jgak..sekarng nih tngah konfius sama ada nak ambil IPTA ataupun KPM..so,di sini..sedikit sbnyk ak akn cuba kongsi la apa2 maklumat yg aku ada..harap dapat membantu korang semua..termasuk diri aku sendiri..heheh~
Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini.
Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.p/s:Tapi korang jgn risau..menurut senior aku yg sdng berada di Matrikulasi,pelajar yang akan betul2 dilelong dengan sesedap hati nye ialah mana pelajar yg mendapat pointer (PNG) 3.00 kebawah..
Ingat satu sj:JIKA ORANG LAIN BOLEH..MENGAPA ANDA MENYATAKAN DIRI ANDA TIDAK BOLEH TANPA MENCUBA??..jadi..try the best before u make any conclusion!!okay!!!Asasi IPTA
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Diploma IPTA
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Jangan risau kalau..kalau result kita xmemuaskan..boleh la kalau nk masuk diploma..pasal tempoh pengajian tuh..memg la ada sesetngh course yg memerlukan hampir 5 tahun untuk menamtkn pngajian..tp,kalau nk tahu..ada sorng kawan aku nih..dye ambil diploma..pengajiannye memerlkan masa selama 4 tahun untuk tamat..tetapi..disebabkn dia cemerlang dengan mendapat pointer 3.90..dia telah diizinkan untuk 'lompat semester'..tempoh pengajiannnye telah dipendekkan selama 1 tahun 6 bulan sahaja (3 semester)..jadi..ia hampir sama dengn MATRIKULASI atau ASASI..so,jgn risau..bagi sy..semua nye sama saja..walau berada dimana sekalipun..kita tetap perlu struggle dlm pembelajaran!!jadi..''STUDY SMART...NOT STUDY HARD''..OKAY!!!!!XD






=)
ReplyDeletethanx for the beneficial info bob !
ReplyDeletesalam my dear jnior, aiman.
ReplyDeleteutk pngetahuan aiman, sukatan pelajaran bg KPM akn dtukar mulai sesi 2011/2012 dimana jurusan sains akan dipecahkan kepada 3 modul, bkan lagi 2 jurusan yang sedia ada: sains fizikal & sains hayat.
ni modul baru yang akn diperkenalkan:
modul 1: mathematics, biology, chemistry & physics
modul 2: mathematics, physics, chemistry & computer science
modul 3: mathematics, biology, chemistry & computer science.
modul2 ni smua baru. jd akak tak pasti sama ada sukatan pelajaran bg setiap subjek sama or tak mcam sukatan pelajaran yang akak pakai sekarang. tp pelajar2 matrik boleh pilih mana2 modul yang mereka minat. btw, buat la pilihan yg tepat. gewd luck! :D
to kak ajriya amran..thanx for info..haha..
ReplyDeletetp..hei..ni yg buat makin stress nih..hahha...em..nk tnyo sikit...btul ke tahun nih waktu blajar di KPM dah dipanjngkn??haa??..hmm..bedebar jgak nih..xtau nk amik yg mane..tp asenye..amik modu 1 kot..coz.sy lemh sikt bab2 komputer nih..waaa~.hahah..niway..thanx for the nice info!!!!!!!!(^,^)
yup, btol tu. waktu akak belaja kat matrik dlu, kelas start pukul 8.00 pg smpai larh 4.00 ptg. tp jangan risau. ada gap utk solat zohor and rehat2.
ReplyDeleteyang tu untuk zaman akak larh. untuk sesi yg baru nieyh, kelas masih bermula pada pukul 8.oo pagi tapi berakhir pada pkul 5 ptg. penambahan waktu kelas nieyh mungkin dsebabkan oleh penambahan subjek yang diambil. tyme akak dlu, akak just amik 3 subjek untuk GPA tp untuk batch aiman, aiman akan ambik 4 subjek untuk GPA. :)