ANTARA KEBESARAN,FIRMAN DAN PESANAN RASUL..
Al-Hadith:Dikasihi Allah,Dikasihi Manusia..
Dari Abu Abbas, Sahl bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang
lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu
amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. '
Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh
Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau
dicintai oleh orang ramai. '
(Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad yang baik)
 |
| Subhanallah.. | | | |
 |
| DIRIWAYATKAN BATU TEMPAT NABI S.A.W BESANDAR.. | |
 |
| Kadang2..kita lalai bila mendapat kurniaan Allah..betapa dasyatnya kebesaran dan keesaan Mu ya-Allah. |
Al-Hadith:Sengaja Diamkan...
Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah
SAW telah
bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka
janganlah kamu sia-siakan, Dia telah menentukan beberapa hudud (batasan), maka
janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka
janganlah kamu mencabulinya dan Dia diamkan segala sesuatu sebagai rahmat bagi
kamu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.
(Riwayat Daruqutni dan lain-lain)
Inilah gambar keindahan ciptaan Allah..pemilik segala alam..aku as a student pun pernah tengok dengan mata kepala ak sendiri kejadian ini..tahun lepas..gambaran keindahan ciptaan ini telah sempat aku,rakan2 dan ustaz di maktab ak rakam..memang cantik bila lihat kejadian ini..seolah2 ada taman cahaya di atas langit sana..apa2 pun..Allahualam..
 |
| 99 nama ALLAH.. | |
 |
| Kalimah ini sememangnya sudah ada pada diri kita sendiri.. |
|
Al-Hadith:Lidah oh Lidah..
Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang
membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan
sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala,
iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu
yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan
Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan,
tiangnya dan kemuncaknya? "
Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah
Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua
pekara ini ?"
Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya
berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata
dengannya ? "
Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka
atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka.
"
(Riwayat Tirmizi)