Saturday, February 19, 2011

Sedih nyer ase..

Assalamualaikum..hmm,hyep..huhu..saje je nih nk update blog ea..borim r..tngah layan jiwa nih..hik2..gila asenyer malam nih..nape ork??xau la..sedih semacam je..asenyer xde pom gaduh2 ngn owng nii..hye..macam2 la dlm mind nih..tekan la..takut la pikir pasal result nih..scare if i don't get what i want..kalau la xcapai target nih..xau la nk uat nape lagi..xterpikir plak..stress la..
         Aku pom bukan terer ngt pom..tp this is not doa la..ak harap xkn terjadi gini..huhu..waaaa!!..xtahu dah nk buat gapo ag nih..sedih2..ish2..apa daa~..terpikirkn saem2 pom ado jgak..hahak..gila ase..bakpo eah ak gini??ish2..ak jarang jadi gini..pelik2..aarrgghh!!i don't like this feeling!!..ase cam i'm going to lost someone je..hm..tekan molek..malah r carow..xsuko!!huhu..agipun this is bkn ak yg sbenar pom..hahak..tolol laa..huh..saje jah ak nk post dalam blog nih..nk luahkn ase sedih di hati..lagipun..dah xde dah yg nk dengr poblem ak skarang ni..soo..baek ak post kat sini..lega sikit hati..hmm..xpe r..malas la nk layan2 jiwa malam2 nih..xsuko..ish2..sabar2 bob..lex r..haha..cakap sorang2 lagi bagus..!!ape2 pom..thanx lau ada gak yg sanggup bace isi perut n hati ak nih..juz wana tell u all..i hate this!!..daa~wasalm..nytep..:-(
 

Friday, February 18, 2011

HAnya UNtuk YG miNat!!..(DENTISTRY!!)

HAA!!ni special buat korang yang nak jadi dentist..same like me!!huhu..hope we will get what we want..good job!!(n,n)

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana hendak menjadi seorang doktor gigi. Mungkin adik2 diluar sana yang berminat untuk menjadi seorang dr gigi tapi tak tau dari mana nak mula dan sebagainya. Di sini saya berikan sedikit panduan bagaimana untuk menjadikan cita2 sebagai seorang dr gigi menjadi realiti.

Pertama sekali, anda kena tanya diri sendiri anda hendak belajar di dalam atau di luar negara. Di dalam negara terdapat beberapa universiti awam dan juga swasta. Universiti-universiti yang telah di iktiraf oleh kementerian kesihatan malaysia ialah :
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
dan beberapa universiti yang baru memulakan program ijazah pergigian yang belum di iktiraf kerana belum ada pelajar yang tamat seperti
- Universiti Teknologi Mara ( UiTM)
- Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM)
Untuk Universiti swasta tempatan pula ada ditawarkan kursus ijazah pergigian di
- Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) University
-International Medical University ( IMU)
Ini hanya setakat yang saya tahu, mungkin di masa akan datang lagi banyak institusi-institusi di negara ini menawarkan kursus-kursus pergigian.
Untuk luar negara pula, setakat ini pelajar yang mendapat tajaan MARA akan dihantar ke universiti di India . manakala pelajar tajaan JPA pula akan dihantar ke universiti di Australia, India, New Zealand, Ireland dan UK. Untuk senarai universiti yang di iktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia ada disini, sila lihat ke semua muka surat.
Syarat-syarat kemasukan pula ada terdapat di laman-laman web di atas.
Untuk mendapatkan tajaan biasiswa, apa yang anda perlu buat selepas mendapat keputusan SPM ialah dengan melayari laman web JPA ataupun eSILA dan memohon secara online.Iklan biasanya disiarkan di suratkahabr tempatan ataupun laman web JPA dan esila pada Jun/julai setiap tahun . Anda kena mendaftar dahulu kemudian barulah memohon. Selepas memohon, anda perlulah mencetak slip pengesahan penerimaan sebagai bukti yang anda telah memohon.Kemudian boleh menyemak samada anda diterima untuk temuduga atau tidak di laman web JPA atau esila. Selepas temuduga, keputusan akan diberitahu dalam masa sebulan selepas temuduga di laman web tersebut. Pendek kata, anda kena selalu melayari laman web tersebut untuk mengetahui berita terkini mengenai permohonan biasiswa oleh JPA dan juga MARA.
NEED TO BE REMEMBER!!
DON'T 4GET TU BRUSH YOUR TEETH!!
Setakat ini sahaja info2 yg ak ley share kot korng..ape2 pom..semoga kita sama2 capai hasrat to ba a Dentist!!yyeeehh!!good luck to all of u including me!!hehe..nice!!

 

SelaMAt HaRI mAUliDur Rasul..ah la wassalam..

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.,,

                    
               SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL..